Agu
25

TUGASAN FOLIO: Pengalaman di Malaysia

Filed Under (Uncategorized) by on Agustus 25, 2008

KEHIDUPAN SAYA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

MOCHAMAD ROSUL
P42233
KUMPULAN 4

PUSAT PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
BANGI

2008

PENDAHULUAN
Mengawali cerita kehidupan saya di Malaysia, terlebih dahulu akan disampaikan identiti peribadi penulis. Saya terlahir dengan nama Mochamad Rosul, di kota kecil Lumajang, Jawa Timur dengan tarikh 5 June 1971. Sebagai anak desa, saya merupakan anak nombor tujuh dari bilangan adik beradik tujuh orang. Sejak tahun 2008, saya berkahwin dengan wanita muslimat Yogyakarta dikurniai tiga anak masing –masing bernama Lisa, Hanif, dan Athifah.
Alhamdulillah saat ini saya telah terdaftar sebagai pelajar semester satu tahun pengajian 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Sain Sosial Kemanusiaan (FSSK), Program Pengajian Sain Pembangunan dan Persekitaran (PPSPP). Tempat tinggal saya di FG 48 Jalan Aman 2A Taman Kajang Utama, 43000 Kajang. Komunikasi email melalui [email protected], telefon +60146373502, webblog http://mrosul.edublogs.org.
Terdapat beberapa pengalaman unik yang akan diceritakan dalam huraian ini. Pengalaman baru yang belum pernah dialami sejak lahir 37 tahun lalu. Patutlah pembaca menikmati dan mengambil hikmah cerita ini. Bagian pertama cerita disampaikan kehidupan di kampus Malaysia dengan beberapa pengalaman seperti pengalaman pendaftaran sebagai pelajar baru UKM, kehidupan di kampus UKM, serta pengalaman kunjungan pelancongan ke beberapa lokasi wisata terkemuka di Malaysia. Masing-masing disampaikan dengan bahasa sederhana apa adanya dan ringkas sehingga memberikan maklumat bermakna bagi pembaca. Di akhir cerita disampaikan penutup untuk memberikan manfaat cerita yang telah disampaikan.

KEHIDUPAN PERTAMA KALI DI MALAYSIA

Masa yang paling menyenangkan adalah saat mendarat di lapangan terbang Internasional LCCT (low cost carry terminal), Negeri Sembilan, Malaysia. Bukan kerana apa-apa, saya bersyukur atas rahmat dan hidayah-Nya, sebab di tengah-tengah banyaknya musibah pesawat akhir-akhir ini, saya dapat mendarat dengan selamat bersama dengan seratus lima puluh-an penumpang Air Asia yang lain. Pengalaman ini amat saya syukur sepanjang jalan sehingga sampailah saya di rumah.
Berbeza dengan suasana biasa, udara pagi itu terasa sejuk dengan kicauan burung Murai Batu yang merdu di telinga. Suasana mendung membuat burung tambah semangat bernyanyi seakan menyuruh matahari segera menampakkan diri. Mereka bersahutan menari menyambut pagi. Saya mendengarkan kicau burung dengan bersyukur kepada ilahi. Seakan burung hendak menyampaikan kepada saya bahawa hidup begitu indah bersama alam jika burung dapat hidup bebas tak ditangkap dan tak dikurung. Bagi burung, hidup bebas terasa lebih nikmat daripada hidup di sangkar walau sangkar itu terbuat daripada emas. Saya perhatikan burung berjalan di atas jajaran kabel elektrik sambil bercanda dengan kawannya. Semua nampak cerah dan indah sebelum saya berangkat ke kampus UKM.

Pagi yang cerah saat itu, akhirnya matahari pun bersinar menembus mendung di depan rumah. Saya mulai berangkat ke kampus naik Bas Mini nombor 6 turun di perhentian depan UKM. Kerana masih tidak hafal lokasi kampus, saya bertanya ke bagian keselamatan (security) Kampus tentang lokasi Program Pengurusan Siswazah (PPS). Dia pun menjawab dan menunjukkan lokasinya. Kini saya berjalan menyusuri sekitar bangunan Dektar, arah yang ditunjukkan oleh kaki tangan keselamatan. Makin lama berjalan saya semakin ragu kerana belum menemukan tempat PPS. Saat itu terfikir bahawa saya tersesat, dan rasanya seperti berjalan tak tentu arah hendak ke mana.
Ketika bertemu kembali dengan kaki tangan keselamatan UKM yang lain, saya bertanya tentang posisi PPS, dia pun menjelaskan sambil menunjuk Kolej Hussein Onn yang di atas bukit. Berjalan lah saya menyusuri kaki bukit melalui sekitar lapangan bola sepak dan bola volley serta berjalan menyusuri kolej Hussein Onn seperti yang ditunjukkan budak tersebut. Lama sudah saya berjalan tak juga menemukan PPS, 25 minit sudah berlalu rasanya tak sabar kerana sudah mulai terasa lelah dan lapar. Saya melamun bahawa saya akan dapat terlambat mendaftar apabila tidak menemukan PPS. Keringat meluncur deras dari belakang, depan badan dan muka membasahi baju dan tas punggung milik isteriku. Tetapi saya tetap bertekad untuk mencari tapak PPS sampai ketemu walau terlambat.

Saya bertanya pada diri sendiri kenapa tempat pendaftaran pelajar baru sukar dijangkau? Memang masa itu saya tak dapat menemukan peta kampus mulai depan sampai di bagian dalam kampus tempat saya berjalan. Tak tahulah kenapa UKM tak Membuat Peta Kampus UKM, padahal peta sangat mudah dibuat, murah dan sangat bermanfaat. Kalau saja UKM mau membuat maka pelajar baru tidak tersesat seperti yang saya rasakan ini, aku bergumam. Ada Program Geografi tetapi tidak ada peta Kampus, gumam saya kembali. Sejenak lamunan saya terhenti oleh keadaan kaki yang lelah.
Kerana kaki sudah capek berjalan, untuk ketiga kali saya bertanya kepada pelajar pra siswazah yang sedang mencuci motosikal di kolej Datuk Onn. Pelajar tersebut menunjukkan jalan ke PPS UKM yang ternyata masih jauh. Beruntung saya kerana dia mahu menghantar dengan motosikalnya hingga ke PPS.
Terima kasih kuucapkan kepada dia, dia pun senyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju dan berlalu lah dia dengan motosikalnya yang bersih setelah dicuci. Nampak tetesan air dari motosikal terus saya perhatikan sampai motosikalnya tak tampak. Semoga saja dia mendapat balasan berlimpah dari Allah SWT, telah menolong dengan suka cita.

Masuklah saya ke PPS yang dikenal banyak kawan dengan beberapa orang kaki tangan yang kurang ramah, muka kusut dan mudah marah. Sayapun siap kalaupun tiba-tiba terdapat kaki tangan yang marah. Saya menyerahkan berkas ijazah yang sudah saya fotostat di rumah, selanjutnya saya membayar sejumlah wang dan mengisi borang pendaftaran kursus melalui komputer. Saat itu saya lebih banyak diam berbicara seperlunya jika perkhidmatan tidak mesra. Bersikap seakan-akan perkhidmatan mesra, akrab, semua aktiviti biasa-biasa saja. Sayapun tidak bertanya kepada kaki tangan PPS walaupun tidak faham sebagai ganti saya bertanya pada teman. Masa itu saya tak ingin membuat orang lain marah hanya kerana marah. Segala persyaratan administrasi sudah lengkap sehingga lebih cepat selesai.
Ada hal menarik di PPS iaitu banyak maklumat dan rajah yang berisi anjuran untuk tersenyum, baik berupa gambar atau tulisan di aras satu ataupun dua, di kedua gedung PPS. Beberapa kawan mengatakan bahawa di seluruh bagian kampus UKM, PPS merupakan satu-satunya bagian yang tidak mesra, sehingga pihak pengerusi menasihati melalui tulisan dan rajah. Adanya maklumat anjuran di PPS tidak membuat perkhidmatan kaki tangan menjadi mesra apalagi tidak ada maklumat.
Rupa-rupanya hari telah siang, rasanya haus sekali saat itu. Saya buka tas dan minum untuk menghilangkan dahaga, saya makan roti untuk mengurangi lapar. Sejenak saya puas urusan sudah selesai dan kini bercanda dengan kawan-kawan tukar menukar pengalaman saling cerita suka duka ke PPS. Ternyata ceritanya hampir sama iaitu kerepotan menemukan lokasi site PPS. Hanya satu kesimpulan harus bersabar. Setelah lelah sudah mulai hilang saya melanjutkan perjalanan pulang.
Kini menemui kerepotan arah jalan pulang ke rumah. Sebagai pelajar baru, yang belum mengetahui arah jalan untuk pulang, wajar jika masih belum mengetahui arah perjalanan. Saat itu terbayang jalan kaki yang jauh ke jalur utama bas, lokasi bas stop, dan nombor bas.
Saya melihat kawan-kawan berjalan ke bas stop, selanjutnya saya memutuskan menunggu bas dekat PPS, pilihan jalan kaki sudah tak mungkin kerana kaki terasa sakit. Walaupun saya tak tahu nombor jalur bas yang boleh saya naik, tetapi saya memilih naik bas kampus. Setiap bas yang lalu, saya berhentikan dan sebelum naik saya bertanya kepada pemandu. Dua bas sudah berlalu meski akhirnya tidak jadi naik kerana salah nombor jalur bas. Bas yang ketiga saya tidak tanya lagi saya langsung naik berpura-pura sudah tahu saja. Bas ternyata berhenti di Hentian Sungai Tangkas. Masa itu Hentian Sungai Tangkas merupakan pertama kali saya ketahui.
Kerana ingin mengetahui jalur bas kampus, saya tak jadi langsung pulang. Selanjutnya saya naik kembali dengan bas berikutnya dan berhenti di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) sampai petang. Saya pun pulang dengan jalur bas yang sudah saya ketahui sehingga lebih mudah. Sayangnya harus menunggu sampai setengah jam agar mendapatkan Bas Rapid KL nombor 430.

Keesokan hari saya sudah mengetahui perjalanan ke kampus dengan menggunakan bas rapid KL walaupun harus lama menunggu bas. Masalah waktu merupakan harga yang harus saya bayar kerana tidak memiliki kenderaan peribadi. Jumlah bas yang sedikit menyebabkan jarak masa antara bas lama. Umumnya pagi dan sore hari lebih cepat waktu tunggu memperoleh bas dibandingkan siang hari. Masa tersebut merupakan masa orang berangkat dan pulang dari bekerja. Kalau beruntung saya dapat turun di Kajang Utama tetapi kalau tidak beruntung diturunkan di Hentian Kajang, dan berganti dengan bas yang lain baik bas jalur rapid KL nombor T431, T430 atau Bas mini. Tak jemu saya melihat persekitaran dari atas bas agar tidak tersesat di perjalanan.
Sering pergi pulang kampus menggunakan Bas Mini, Rapid KL, bersama kawan-kawan kampus kerana tidak memiliki kenderaan peribadi. Ada perubahan pola hidup, biasanya menggunakan kenderaan sendiri, sekarang kerana kebutuhan sangat banyak dibandingkan wang yang tersedia sehingga masih menggunakan angkutan umum. Di samping faktor kewangan, faktor keamanan angkutan umum lebih baik dibandingkan angkutan peribadi. Hal lain adalah pola pembiasaan sudah berubah tidak tetap, begitu banyak variasi. Saat ini yang dituju tidak hanya satu tempat sahaja, tetapi beberapa tempat sesuai dengan keperluan. Tidak hanya pergi ke fakulti untuk mengikuti kursus tetapi juga ke bilik sumber, makmal, kedai makan, buku, ber wisata dan perpustakaan. Pola kebiasaan yang berbeza ini menyebabkan rasa yang berbeza dari kebiasaan rutin selama ini.

Tempat Menarik yang pernah dikunjungi

Seminggu sudah di Malaysia, acara bersama kawan-kawan pada hari Ahad pergi ke Genting Highland. Berangkat dari Hentian Kajang pagi hari menggunakan Bas dengan masa tempuh lebih kurang 2.5 jam. Luar biasa begitu banyak pengunjung pergi ke Genting Highland, untuk naik Gondola perlu beratur selama 30 minit. Pada waktu di Genting highland udara tertutup kabus dan diiringi hujan. Jarak pandang hanya 2 meter sahaja. Begitu banyak permainan luar ruang (outdoor) yang tidak bisa dinikmati kerana kabus dan hujan. Permainan dilanjutkan jika hujan sudah reda. Saya menikmati beberapa permainan setelah hujan mereda. Berikut ini disampaikan beberapa rajah ketika di Lokasi Genting Highland.

Rajah 1. Bersama kawan di lorong menuju permainan luar ruang

Rajah 2. Menikmati permainan luar ruang

Rajah 3. Menikmati permainan rolling costar Genting Highland

Lokasi lain yang pernah dikunjungi adalah Port Dickson. Berbeza dengan Genting Highland di tempat yang tinggi, lokasi wisata ini berada di daerah pantai yang tidak terdapat kabus. Pada saat datang masih terjadi hujan, tetapi alhamdulillah kemudian reda sehingga dapat mendekat ke pantai. Berikut ini disampaikan beberapa rajah ketika di Pantai Port Dickson. Gambar 4, 5, 6 menunjukkan aktiviti bersama kawan untuk meningkatkan upaya saling kenal sesama pelajar baru dan pelajar lama. Harapannya agar tercipta suasa akrab dan mengenal alam sekitar.
Nampak alam begitu indah dan banyak permainan yang dapat dinikmati. Permainan yang menarik adalah banana boat. Bersama dengan sepuluh teman naik ke pesisir pantai dan berpusing-pusing. Pemandu mengarahkan kami masa miring dan tegak agar ada keseimbangan perahu. Kami pun pulang setelah solat maghrib bersama.

Rajah 4. Bersantai di Pantai Port Dikson

Rajah 5. Bersantai bersama di Pantai Port Dikson

Rajah 6. Matahari tenggelam di Pantai Port Dickson

Penutup
Pengalaman menarik banyak dijumpai pada saat awal tinggal di Malaysia baik senang mahupun tak senang. Masing-masing menambah khazanah hidup agar semakin bijaksana. Di tengah kesibukan, diperlukan pelancongan agar semakin akrab dengan teman mengetahui alam persekitaran dan output nya badan sihat sehingga kerja belajar semakin produktif. Semua pengalaman hidup akan tampak indah jika dilihat dengan kaca mata keindahan.

TUGASAN FOLIO
KURSUS ZZZM1053 BAHASA MELAYU UNTUK KEPERLUAN AKADEMIK I
SEMESTER I, SESI 2008/2009

1. TAJUK UNTUK TUGASAN FOLIO INI IALAH “KEHIDUPAN SAYA DI MALAYSIA”
2. TUGASAN INI PERLULAH DIBUAT SECARA INDIVIDU (PENILAIAN INDIVIDU)
3. TUGASAN PERLU DITAIP DENGAN MENGIKUTI SPESIFIKASI BERIKUT:
• MENGGUNAKAN JENIS HURUF ARIAL / TIMES NEW ROMAN
• UKURAN HURUF BERSAIZ 12
• DITAIP LANGKAU 1 ½
• WARNA KERTAS PUTIH BERSAIZ A4 80GRAM
• PANJANG TUGASAN ANTARA 7-10 HALAMAN TERMASUK FOTO-FOTO YANG DILAMPIRKAN BERSAMA

4. PERKARA YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM PROJEK FOLIO INI IALAH:
• LATAR BELAKANG (MAKLUMAT SEPERTI DALAM BORANG MAKLUMAT DIRI) ANATRANYA SEPERTI NAMA PENUH, ASAL, TARIKH LAHIR, TEMPAT LAHIR, STATUS, PEKERJAAN, BILANGAN ADIK-BERADIK & ANAK, PERKARA MENARIK TENTANG ANDA DAN KELUARGA, PROGRAM DAN TAHAP PENGAJIAN, HAL DI PERSEKITARAN TEMPAT TINGGAL ANDA DI MALAYSIA DAN PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN DIRI ANDA.
• TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG PERNAH DILAWATI ATAU DIKUNJUNGI SELAMA BERADA DI MALAYSIA. CERITAKAN SECARA RINGKAS TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT.
• ACARA ATAU PROGRAM YANG PERNAH DISERTAI SEPANJANG BERGELAR PELAJAR UKM SEPERTI SEMINAR, MAJLIS SUAI KENAL, PEMBENTANGAN KERTAS KERJA, LAWATAN, CERAMAH DAN SEBAGAINYA. CERITAKAN JUGA MENGAPA ANDA MEMILIH MALAYSIA UMUMNYA DAN UKM KHUSUSNYA SEBAGAI TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN.
• PENGALAMAN MENARIK DAN MELUCUKAN YANG DIALAMI SEPANJANG BERADA DI MALAYSIA.

5. SEMUA PERKARA DI ATAS HENDAKLAH DICERITAKAN DALAM BENTUK PENULISAN ESEI/KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN SEPENUHNYA BAHASA MELAYU MALAYSIA YANG BAIK DAN BERKESAN. PELAJAR JUGA DIGALAKKAN MEMASUKKAN FOTO-FOTO YANG SESUAI UNTUK MENYOKONG PENCERITAAN YANG DITULIS.
6. PELAJAR MESTI MENGHANTAR SATU SALINAN DALAM BENTUK CETAKAN DAN SATU SALINAN DALAM BENTUK CD (BENTUK FOLIO YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN/DIBENTANGKAN SEPERTI YANG MENGGUNAKAN POWER POINT, VIDEO DAN SEBAGAINYA). KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT PERLU DIMASUKKAN KE DALAM SAMPUL SURAT YANG SESUAI.
7. TARIKH AKHIR PENGHANTARAN TUGASAN FOLIO INI ADALAH PADA 29 OGOS 2008 (KHAMIS)

“SELAMAT MAJU JAYA”



4 Responses to “TUGASAN FOLIO: Pengalaman di Malaysia”

  1.   wiwik Says:

    Salamun alaik… semoga Allah senantiasa mencucuri roh-mu dengan kasih sayang-Nya. Kubayangkan dikau tersenyum disana, anak-anak insyaAllah tetap hafalkan al qur’an dan berusaha mengamalkannya. Do’aku dan anak-anak kita selalu menyertaimu, insyaAllah

Leave a Reply

Required fields are marked *.